
fara
6 tahun
Migrain atau gastrik
Doc saya ni sering sendawa tak kira kenyang atau lapar. semalam saya mengalami sakit kepala yang sangat dahsyat sebelum ini pun saya pernah mengalami sakit kepala kerana migrain. tapi kali ini saya sendawa terasa gas di kerongkong dan seterusnya selepas sendawa kepala terus rasa berdenyut denyut makin kuat dan muntah. adakah itu tanda migrain atau gastrik yaa doktor? saya tidak boleh membezakan dua penyakit tersebut.

6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sendawa selalunya menandakan perut anda bergas. Gas ini selalunya adalah disebabkan oleh banyak perkara.
Perkara yang paling kerap menyebabkan gas di dalam perut adalah pengambilan makanan tertentu contohnya:
- Kekacang
- Sayuran seperti kobis dan brokoli
- Produk tenusu
- Makanan mengandungi pemanis atau pengganti gula
- Minuman bergas
Sesetengah masalah kesihatan terutamanya masalah di dalam perut boleh menyebabkan perut bergas seperti:
- Celiac disease
- Radang usus
- Asid Reflux
- Masalah penghadaman
- Ulser perut
- Dan usus tersumbat
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda serta kaitannya dengan sakit kepala tersebut, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.