
Sulit
4 tahun
Migrain dan sakit kepala
Apa kesan migrain terhadap diri seseorang?
Apa simptom seseorang menghidapi migrain ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman anda migrain ialah sejenis sakit kepala yang boleh mengganggu aktiviti seharian seseorang. Sakit kepala tersebut boleh mengganggu seseorang daripada segi sosial kerana menyebabkan seseorang itu tidak boleh hadir ke taempat kerja atau sekolah. Selain itu, ia juga boleh menjejaskan emosi seseorang. Jika ia menjadi teruk, ia boleh menyebabkan muntah dan kadang kala pesakit mengalami gejala seperti strok namun bersifat sementara.
Simptom seorang pesakit migrain adalah seperti berikut:
- sakit kepala
- muntah
- tidak boleh melakukan aktiviti
- lemah badan
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih