
Anonymous
4 tahun
Migrain, stress dan depression
Saya wanita, isteri dan berumur 26 thn, dari tahun lepas saya kerap sakit kepala, kebanyakkan doktor yang saya jumpa akan kata saya ada migrain, sejak bulan lepas bacaan bp saya tinggi dan migrain kerap terjadi pada saya, saya juga mudah stress, perkara itu terjadi di luar kawalan, saya juga menghidapi pcos, saya kerap rasa sunyi, stress dan depress dengan kehidupan ni, saya tidak tahu nak keluar dari sakit ini, saya cuba diet tapi masih tak berkesan, sakit ini kemungkinan salah satu sebab saya rasa stress dan depression. Saya ingin dapatkan nasihat dari doktor. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kebingungan dan tidak gembira mungkin berpunca daripada masalah depresiyang anda alami. Pesakit yang mengalami depresi juga biasanya mengalami rasa sunyi dan stress.
Oleh itu, saya amat menyarankan agar anda berbincang tentang masalah ini dengan doktor yang merawat anda agar bantuan dapat diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat. Terima kasih.