
Anonymous
6 tahun
Migrain tak tahu tahap mana dah
Nak tanya. Kalau minum tablet caffox dalam 4 biji dalam satu malam . Bahaya ke pde badan ? Sbb kawan saya x tahn sgd kepala dan makn 4 tablet dalam stu malam tu . Dan rsenye dalam tempoh 10 hari ni. Dia da makam 6 tablet caffox . Dan smpai skrg perut die memulas walaupun da makan . Kalau mcm tu, nak kena pergi hospital ke , atau ad cara lain ? Saya takut kalau ad ap2 terjadi

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Caffox adalah sejenis ubat yang mengandungi caffien dan ergotamine dan digunakan untuk merawat kebanyakan sakit kepala. ia boleh diambil sehingga 6 biji pada satu serangan migrain, tetapi tidak boleh lebih daripada 6 biji dalam 24 jam atau tidak boleh lebih dari 10 biji dalam 7 hari.
Antara kesan sampingan ubat ini adalah:
- Masalah degupan jantung menjadi laju atau perlahan
- sakit dada
- Lemah otot
- pitam
- Sakit otot
Terdapat kesan sampingan lain yang boleh berlaku kerana setiap tubuh manusia bertindak balas secara berlainan. Oleh itu rakan anda haruslah merujuk masalah sakit kepala tersebut kepada doktor. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.