
julianasiti2293
5 tahun
Migrain teruk sehingga mata sebelah kanan layu dan tangan sebelah kanan kebas
Saya wanita berusia 27 tahun…saya dah mengalami migrain 2 tahun dan setiap kali saya migrain saya datang…saya perasan sebelah mata kanan saya tiba-tiba makin layu dan berair…dalam 4-6 minit kemudian baru mata saya seperti biase…saya kerap kena migrain dan sudah 6 bulan makin teruk sehingga tangan sebelah kanan saya kadang2 kebas…mata sebelah kanan akan layu dan berair makin lama…adakah itu masih tidak berbahaya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman anda, Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok (cluster headache) dan sakit kepala sakit kepala ketegangan (tension headache) . Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
Pertama sekali, kami perlu memastikan samada anda menghidap migrain atau jenis sakit kepala lain. Hal ini kerana setiap jenis sakit kepala memiliki rawatan tersenditi.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih. Jawapan ini ialah keterangan am kepada masalah yang amda hadapi.