
Sulit
4 tahun
Minta nasihat dan motivasi pagi doc
Pagi,doc. Saya nak tanya.kenapa dengan saya ye? Bila lapar je rase nak marah,rasa sentap?bila rasa tertekan sgt susah bernafas la plak.bila dh cool down mula lah nak sendawa²…setiap pagi je dada ni mesti rasa tertekan,rasa nak marah,mudah sentap.kiranya saya ni mudah terasa. Ada cara x doc mcm mana nak selesaikan masalah saya ni? Xbest lah tiap pagi selalu mcm ni. Xselesa boleh buat saya jadi stress.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sukar untuk saya membuat kesimpulan sama ada anda mengalami masalah emosi atau mental. Hal ini kerana sebelum sampai ke diagnosis, terdapat banyak soalan yang harus diajukan, pemeriksaan serta mengambil kira diagnosis lain sebelum mebuat kesimpulan ianya adalah masalah emosi atau mental. Bukan itu sahaja, anda harus diperiksa oleh doktor pakar yang berkaitan sebelum diagnosis dibuat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh terlebih dahulu berjumpa dengan doktor di klinik. Mereka akan memeriksa anda terlebih dahulu sebelum merujuk anda kepada doktor pakar sekiranya perlu.
Buat masa sekarang, antara langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengalami gejala cepat apabila terlalu emosi adalah, deep breathing .
- Duduk atau berbaring dalam keadaan selesa.
- Letakkan sebelah tangan di perut di bahagian bawah tulang rusuk anda dan sebelah tangan yang lain di dada anda.
- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung anda, dan biarkan perut anda kembung dan pastikan dada anda tidak bergerak.
- Hembus nafas melalui bibir yang dikerutkan seolah-olah anda bersiul. Rasakan tangan di perut anda menurun ketika perut anda kempis, dan gunakan tangan untuk mengeluarkan semua udara keluar.
- Lakukan pernafasan ini 3 hingga 10 kali secara perlahan-lahan
Sekiranya kaedah ini dilakukan dengan betul ianya boleh membantu mengurangkan gejala yang anda hadapi sekiranya ia berkaitan dengan serangan panik.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.