Sulit
5 tahun
Minta pencerahan tentang sakit
Hi doktor, berkenaan dgn masalah yg saya hadapi. Rasa sebu, senak, sakit dan angin di perut mula berkurangan. Namun saya tetap sendawa dgn kerap. Rasa seram sejuk badan juga sudah berkurangan. Selsema tiada. Rasa tidak selesa di tekak juga semakin berkurangan cuma masih terasa ada sesuatu seperti kahak yang membuatkan saya kena berdehem. Tapi dada saya masih lagi terasa agak sempit bila saya cuba menarik nafas dalam2 dan kadang kala rasa seperti nak batuk.
Adakah ini normal doktor? Saya amat risau dgn wabak covid19 yg menular kini. Perlu ke saya ke hospital utk membuat saringan.
Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Masalah sendawa, sakit perut dan perut berangin yang anda alami bukanlah gejala COVID-19. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain.
- GERD
- gastrik
- irritable bowel syndrome
Untuk makluman anda, kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- anemia
- COPD
- pneumonia
Memandangkan anda mempunyai gejala kesukaran bernafas anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































