
Sulit
4 tahun
Minum kopi selepas makan ubat postinor 2
hi , sy ingin bertanya . boleh kah saya minum kopi selepas makan ubat postinor 2 . jika saya minum kopi apakah akan menjejaskan ubat yg sy ambil ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kopi tidak akan menjejaskan keberkesanan pil perancangan anda. Namun terdapat beberapa pil perancangan yang boleh menyebabkan pembuangan kafein menjadi lambat daripada badan anda. Hal ini boleh menyebabkan kesan sampingan kafein terjadi seperti:
- Kegelisahan
- Pening kepala
- Jantung berdegup laju
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.