
Sulit
4 tahun
Miscarriage 9weeks, bagaimana nak tahu janin dah completely gugur?
Hi Doctor, kandungan saya disahkan tiada heartbeat 3 hari lepas, dan saya telah pergi 2nd opinion di klinik lain semalam, dan sah kandungan sudah mula mengecut dan darah dan mula keluar… 1st doctor yang saya jumpa nasihat tunggu 2 minggu untuk janin keluar dengan sendiri, untuk waktu sekarang, darah sudah mula keluar, tapi tidaklah banyak seperti haid, darah serta darah beku sikit… sometimes bila saya buang air kecil, kelihatan terdapat ketulan-ketulan kecil darah beku… persoalan saya, bagaimana saya nak tahu yang janin dh completely keluar dan perlukah saya tunggu betul2 2 minggu untuk ke hosp atau saya kena pergi sekarang… untuk pengetahuan, saya tiada rasa sakit, cuma lenguh2 di kaki… Darah masih keluar, tp hanya suku pad sahaja… actually saya takut untuk D&C, and saya prefer kalau boleh naturally gugur n bersih tanpa perlu D&C… terima kasih doc…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dengan khabar berita perihal kondisi kandungan anda berdasarkan jalan cerita yang telah disampaikan. Diharapkan puan sekeluarga tetap tabah dan terus bersemangat dalam mengharungi ujian tersebut. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan & suami.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Perdarahan rahim yang tidak teratur, tompokan coklat atau haid yang disertai ketulan-ketulan, merupakan salah satu tanda berkemungkinan telah berlaku keguguran. Namun, sekadar informasi, ia juga boleh disebabkan oleh
- jangkitan kelamin sewaktu kehamilan
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim
Namun, sesuai pertanyaan puan, Untuk mengetahui apakah keguguran telah berlaku sepenuhnya ataupun tidak, lazimnya ia memerlukan pemeriksaan USG dan lain-lain bagi mengenal pasti kondisi sebenar rahim tersebut. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar puan mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Malah pemeriksaan sangat digalakkan agar dapat mencegah risiko komplikasi yang lain seperti jangkitan kuman, perdarahan yang berterusan, dan lain-lain.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan rahim anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.