Sulit
4 tahun
Miss V Bengkak Dan Gatal
Saya wanita bujang berumur 20 an dan pernah melakukan seks . Sebelum ini miss V saya selalu akan keluar keputihan yang banyak sebelum dan selepas haid dan akan terasa gatal . Sampai satu tahap kegatalan pada miss V saya makin teruk sehingga menyebabkan saya tak selesa dan terpaksa menggaru nya . Hal itu menyebabkan miss V saya luka dan melecet . baru baru ni saya baru perasan bahagian atas miss V saya seperti ada benjolan atau kulit yang bengkak di bahagian pelipat miss V kiri dan kanan . dan bahagian tu sangat gatal bila adanya keputihan atau bila saya berpeluh . adakah itu masalah kulit iritasi atau jangkitan kulat miss V ya ? adakah itu tahap paling teruk untuk jangkitan miss V ? dan bagaimana cara untuk mengatasinya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berkaitan dengan masalah cik, mungkin ia disebabkan oleh jangkitan pada vagina. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.

































