
Sulit
5 tahun
Miss v jadi semacam ulser
Semasa bersama suami sya berasa sakit…Dan pada esok hari saya lihat pada miss v saya jadi semacam ulser…saya sdah berkahwin mmpunyai 2 org anak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan gejala yang anda hadapi:
- Kurang pelincir atau lendir ketika melakukan hubungan seksual
- Berlaku kecederaan sewaktu melakukan hubungan seksual
Kecederaan yang berlaku boleh menjadi ulser kerana permukaan bahagian faraj yang lembut dan sensitif. Anda dinasihatkan untuk menjaga kebersihan dan mengelak hubungan seksual sehingga luka tersebut sembuh. Sila rujuk kepada doktor sekiranya gejala ini masih berpanjangan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.