
Sulit
3 tahun
Missed period, kesejukkan, ujian negatif, selalu masuk angin, tidur tak menentu, stress
Saya mengalami lewat period selama 5 hari daripada tarikh sepatutnya. Saya merasa sakit di bhg payudara, kerap cirit-birit, buang angin, dan saya sentiasa rasa kesejukkan kadang-kadang ada rasa cramp perut. Sebelum ini, kitaran haid saya memang regular. Saya rasa risau dan mengambil ujian pregnancy pada hari ke-4 miss period. Keputusan “negative”. Apakah masalah yg saya hadapi?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala datang haid lewat. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- kehamilan
- gaya hidup yang terlalu aktif dan sibuk
- tekanan emosi
- kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- masalah PCOS
- masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.