
Sulit
4 tahun
Missed period or Period Irregular after Laparoscopic procedure
Saya 33tahun,sy telah melakukan laparoscopic pada 20/1/21, dan sebelum operation period sy datang pada 16/1/21. Dan berakhir selepas operation dalam 23/1/21. Setelah itu saya terus bersama suami. Dan dijangkakan period sy ikut pada kalendar pada tarikh semalam 10/2/21. Ujian upt pada tarikh 11/2/21 negatif. Soalan sy,adakah selepas laparoscopic period sy akan irregular? Atau atas sebab apa? Sekian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Berdasarkan keterangan bahawa anda telah menjalani pembedahan laparoskopi baru-baru ini, masalah haid yang belum datang berkemungkinan boleh disebabkan perkara tersebut. Hal ini kerana, sesetengah wanita akan mengalami keterlambatan haid setelah prosedur laparoskopi untuk beberapa minggu atau bulan pertama. Namun, ianya dilaporkan akan kembali normal setelah itu bergantung kepada setiap individu.
Akan tetapi, masalah haid tidak teratur juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain, antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Pil hormon- pil perancang kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!