Sulit
4 tahun
Mole pain when pressed
Assalammualaikum doctor, saya nak tanya. Tahi lalat saya sakit apabila ditekan tetapi bkn bila disentuh. Bentuk taik lalat tu tak berubah kecuali bila sakit dia jadi rata tapi saya juga kurang pasti. Warna mungkin hanya satu. Saiz tidak membesar dengan cepat hanya seperti itu drpd dulu. Tiada gatal dan pendarahan. Saya sudah perasan perkara ini sejak beberapa bulan yang lalu. Perkara ini agak membimbangkan saya kerana risau ini adalah cancer melanoma. Ditambah ibu saya bekas pesakit cancer payudara. Adakah saya perlu membuat pemeriksaan. Di mana dan bagaimana? Adakah kondisi ini serious?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jerawat di bawah
Rambut yang tumbuh
Geseran
calar atau cedera kecil
Dalam kes yang jarang berlaku, melanoma
Melanoma adalah bentuk barah kulit yang sangat jarang berlaku, tetapi juga bentuk yang paling berbahaya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.


































