
Sulit
4 tahun
Molluscum contagiusm
Saya wanita 23 tahun dan mempunya molluscum di tangan. Saya nak tanya, apakah ubat yang terbaik untuk hilangkan molluscum contagiusm ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, molluscum contagiosum adalah penyakit kulit berjangkit bukan kanser yang disebabkan oleh jangkitan virus kumpulan poxvirus. Antara rawatannya adalah dengan kaedah mekanikal seperti laser, curettage atau prosedur terapi pembekuan cryotherapy yang melibatkan semburan cecair nitrogen atau nitrous oxide. Bahan kimia seperti trichloroacetic acid, Retin-A atau imiquimod juga boleh digunakan.
Oleh itu, bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dengan anda, disarankan untuk anda merujuk doktor terlebih dahulu agar pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan dan rawatan tepat dapat diberikan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih