
Sulit
4 tahun
Morning Sickness muntah dan nak pitam
Doc, saya baru di sahkan hamil anak kedua. sekarang saya mengalami muntah2 yang kerap. sehari lebih 10x saya akan muntah. dan badan jadi lemah serta kepala rasa nak pitam. apa yang perlu saya lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali tahniah diucapkan atas kehamilan tersebut! Semoga anda dan pasangan dapat melalui detik-detik yang bahagia ini dengan penuh keceriaan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang keadaan anda saat ini. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya gejala yang anda alami boleh berpunca dari fisiologi dan respon tubuh yang normal disebabkan oleh:
- peningkatan tekanan abdomen akibat fisilogi kehamilan
- perubahan kadar hormon yang berubah sesuai proses kehamilan
atau ia boleh berpunca dari gangguan tubuh yang lain seperti:
- Hyperemesis gravidarum
- Ganguan saluran pencernaan
- Gangguan otot abdomen
- Gangguan lain yang memerlukan pemeriksaan doktor
Justeru itu, sila segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami
- Mual & muntah yang berterusan
- Sakit kepala atau pitam
- Berat badan menurun
- Tanda-tanda dehidrasi
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda turut menyampaikan maklumat ini apabila mendapat temu janji kehamilan di klinik kesihatan. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.