
Sulit
4 tahun
Msalh keputihan Yang berbau tidak menyenangkan keyakinan
Sy umur 28,sdh kwin,Ada ank.sy mghadapi msalah cecair jernih berbau busuk sejak tiga Hari lalu. Saya sudah Amal kebersihan kerap mengcuci den air suam tapi masalah ini tetap ada

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan. Untuk makluman anda, keputihan dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih