
Sulit
5 tahun
Mual makan progyluton
Saya wanita dan recently doc suruh sy consume progyluton sbb sy belum period lg. Adakah ada possibilities yg sy hamil ketika consume progyluton atau itu cuma side effects ubat tu saja?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan untuk hamil ketika mengambil pil tersebut adalah rendah berikutan kesan hormon tersebut pada rahim dan ovulasi. Selepas tamat pengambilan pil ini, pesakit pada amnya akan mengalami pendarahan haid. Kesan-kesan sampingan ubat ini adalah seperti sakit kepala dan naik berat badan. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut mengenai ubat ini mahupun mengenai kehamilan, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.