
Sulit
5 tahun
Mual, Muntah, Sakit dada kiri
Saya Tom 31 tahun. Kebelakangan ini saya mengalami mual-mual sehingga muntah. Sebelum mual, saya terasa perut tidak selesa disertai dengan nyari bahagian dada kiri. Kaki kiri dan tangan terasa tidak selesa.
Sejarah kesihatan. Saya sedag makan ubat darah tinggi disebabkan kelestoral tinggi.
Boleh berikan penerangan doktor. Apa yang perlu saya lakukan.Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Sebaiknya yang dilakukan adalah memeriksakan diri ke doktor dan bincangkan riwayat kesihatan anda seperti makan ubat darah tinggi dan kolesterol tinggi yang dikhuatiri cenderung ke masalah saluran darah. Selain itu, adalah digalakkan untuk mengamalkan yang berikut bagi mengelakkan perburukan penyakit:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.