
Sulit
3 tahun
Mual & muntah selepas mengambil Zocef
Mual dan muntah selepas 3 jam mengambil zocef untuk jangkitan kuman dalam telinga. Sudah makan malam sebelum antibiotil tersebut diambil. Ada sejarah elergi penicillin. Perlukah ke klinik atau hospital segera?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor adalah atas indikasi tertentu. Oleh itu, anda hendaklah menggunakan ubat tersebut mengikut indikasi dan nasihat yang diberi oleh doktor untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Ini juga adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kesan sampingan yang tidak diinginkan. Jika terdapat kesan sampingan selepas anda menggunakan ubat tersebut, anda haruslah segera merujuk kepada doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.