
Sulit
4 tahun
Mual sebelum dan selepas makan
saya berumur 19 tahun dn mempunyai berat 96kg…sebelum ini saya ada gastrik dan akan muntah sekiranya perut kosong…tetapi…baru2 ini saya selalu rasa mual walaupun sudah makan secukupnya…saya juga kerap rasa kurang bertenanga…saya juga tidak datang haid selama 1 bulan hingga sekarang tetapi test upt hasilnya negatif…jadi mustahil sekiranya mual akibat kehamilan…jadi…adakah normal keadaan saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- berat badan berlebihan
- masalah hormon yang tidak seimbang
- masalah struktur rahim
- cysta pada ovari (polycystic ovarian syndrome)
Bagi masalah mual yang anda hadapi, sindrom PMS juga boleh menyebabkan gejala seperti awal kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.