
Sulit
5 tahun
Mudah letih dan mengantuk, sakit kepala
saya wanita berumur 21 tahun sejak seminggu yg lalu mengalami sakit kepala ringan yg sakit di belakang mata. sebelum ni saya tidur lewat pada pukul 3 pagi sebab banyak buat assignment. pada siang hari, saya mengalami sakit kepala dan mudah penat. Hari Sabtu lepas saya ada ke pasaraya namun masih belum ada kes Covid-19. Start hari Ahad tu saya mula sakit kepala. Adakah saya mengalami simptom Covid-19 atau ini sakit biasa sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Namun, sakit kepala tanpa batuk, sukar bernafas dan demam ia boleh disebabkan masalah kesihatan lain.
- migraine
- sakit kepala tension
- sakit kepala berkelompok
- tekanan darah tinggi
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini