
Sulit
4 tahun
Mudah terkucil@terkencing
Sy wanita berkahwin sdh mpunyai 3 org ank.sy berusia 31thn. Ank bongsu berumur 1y10m.Selepas lahirkn ank ke3,sy pernah terkencing ketika tidur 3-4kali bila tersedar sy da basah. Dan sy juga klu buang air kecil rs xpuas,rasa mcm nk kencing lagi. Apakah masalah sy ini serious? Dan sy juga klu terbatuk sy rasa Ada terkucil

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda. Umumnya gejala ini inkontinensia atau tidak boleh menahan kencing boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (baca: kencing kotor)
- Gangguan otot pundi kencing
- Komplikasi atau trauma selepas melahirkan bayi secara normal
- Tabiat minum air yang banyak atau kelainan fungsi ginjal
Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Walau bagaimanapun, jawapan yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum berdasarkan maklumat yang terhad dari penyataan anda di atas. Untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.