
Sulit
4 tahun
Mudah untuk rasa pening dan sesak nafas
Saya berumur 22 tahun. Seorang pelajar yang bekerja secara sambilan. Akhir-akhir ini saya mudah untuk berasa pening (kepala rasa ringan dan mata berpinar). Selain itu, saya juga agak mudah untuk rasa sesak nafas dan mudah penat. Apakah supplemen sesuai untuk saya ambil untuk mengurangkan rasa tidak selesa badan ini ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pening kepala.
Untuk makluman anda, saya tidak boleh mengesyorkan mana mana suplemen untuk diambil bagi hilangkan pening kepala anda. Hal ini kerana pening kepala itu sendiri disebabkan oleh pelbagai perkara, dan rawatannya adalah berbeza mengikut penyebabnya. Antara penyebab pening kepala adalah:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan sekiranya masalah ini berlanjutan. Hal ini kerana saya tidak boleh merawat anda tanpa pemeriksaan fizikal.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.