
Anonymous
6 tahun
Muka berjerawat dan kulit berminyak
Saya 19 tahun, saya mengalami masalah kulit berminyak dan jerawat. Saya ingin bertanya, Kalau muka naik jerawat boleh pakai mousturizer?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Jerawat adalah apabila liang kulit anda tersumbat dengan kulit mati dan minyak, yang membawa kepada pembiakan bakteria. Bagi membantu masalah ini, anda boleh:
- Cuci muka anda tidak lebih daripada dua kali sehari. Bilas wajah anda dengan air suam, bukan panas, dan gunakan pembersih yang bukan sabun dan lembut pada kulit. Menahan diri dari menggunakan sabun kasar dan menggosok wajah anda kerana itu memburukkan jerawat dan merosakkan kulit yang sihat.
- Jangan memicit atau memerah jerawat anda. Ini akan menjadikan jerawat anda lebih teruk dan menyebabkan kerosakan pada kulit di sekelilingnya dan boleh menyebabkan jangkitan.
- Elakkan produk muka berasaskan minyak, sama ada produk solekan atau produk kulit.
Jika anda mempunyai jerawat ringan, anda boleh mencuba ubat jerawat kaunter, jika tidak, dapatkan bantuan daripada doktor di mana dia akan menetapkan ubat-ubatan yang sesuai. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih