Sulit
3 tahun
Muka berlebihan bulu akibat shave 3-4 kali. Terutama di bahagian misai saya akan mencukur
Saya wanita berumur 16 tahun, saya ada masalah berkaitan bulu berlebihan di tubuh badan saya… Saya diganggu di sekolah kerana saya dianggap tidak normal disebankn bulu berlebihan… Saya boleh jadi terlalu strees bila fikir jalan penyelesaian bagi bulu yng lebat di tubuh badan… Saya paling takut di bahagian muka, kerana muka ni menimbulkan keyakinan pada diri sendiri… Selepas 3-4 kali saya mencukur, effect nye bulu menjadi semakin bertambah… Buat masa sekarang ni saya biarkan saja… Apa gng saya perlu buat doctor?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- PCOS
- Sindrom cushing
- Kencing manis
- Kesan sampingan dari ubat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.