sheeladevim
20 bulan
Muka dan kaki bengkak
Hi doctot, Emak saya makan prednisolone dari 7.11.2019. Apabila bangun pagi, muka dan kaki bengkak. Sudah jumpa doctor, dia cakap kena continue. Saya sangat risau. Boleh dia berhenti mengambilnya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, prednisolone adalah sejenis ubat steroid yang biasanya digunakan untuk merawat masalah berikut:
- Alergi
- Keradangan
- Collageniosis
- Rheumatoid arthirits
- Penyakit darah
- Limfoma
Antara kesan sampingan darupada penggunaan ubat ini adalah:
- Penambahan berat badan
- Water retentions air bertakung dalam badan sehingga bahagian bawah seperti kaki kelihatan bengkak
- Cushiong facies iaitu muka membengkak
- Peluh bertambah
- Sakit perut
- Mual
Memandangkan tidak dijelaskan sakit yang dialami ibu anda, sukar untuk ditentukan apakah manfaat ubat mengutamai kesan buruk ubat. Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.