
morjhan
5 tahun
Muka sebelah kanan kebas (tiada rasa) selepas mini strok
Ayah saya berumur 73 tahun telah mengalami mini strok. Selepas rawatan, dia mengalami masalah seperti susah untuk berjalan (masalah mengimbangkan badan), kurang jelas apabila bercakap dan juga muka sebelah kanan (dari dagu hingga ke dahi) menjadi kebas / tiada rasa. Apakah rawatan susulan terbaik untuk ayah saya? Adakah masalah kebas di muka boleh sembuh dan apakah rawatan terbaik? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya kekurangan upaya selepas stroke atau mini stroke boleh dibantu pulih dengan kaedah pisioterapi dan terapi kerja. Kedua-dua terapi ini adalah terapi dengan menggunakan senaman atau pergerakan tertentu untuk membantu memulihkan fungsi tubuh.
Saya sarankan agar anda berbincang dengan doktor yang merawat ayah anda atau merujuk kepada hospital terdekat tentang perkhidmatan fisioterapi dan terapi pemulihan cara kerja yang boleh ayah anda sertai. Pekhidmatan swasta juga boleh didapati.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.