
princess_eyfa92
5 tahun
Muka tegang tetapi tidak sakit
Hi, saya wanita berumur 20 an.saya mengalami tegang pada wajah sebelah kiri sehingga ke dagu. Saya perasan sejak saya menghunakan pil perancang diane-35, masalah ini berlaku.adakah kebetulan atau saya perlu ke hospital untuk pemeriksaan. Saya juga mengalami sakit tekak berpanjangan dan merasakan ada kahak di tekak yang tidak hilang.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Alahan atau tindak balas ubat
- Nefrotik sindrom
- Digigit serangga
- Strok
Sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.