
Sulit
4 tahun
Mula-mula upt positif lepas tu negatif
Saya wanita berusia 26 tahun pada 29.8 dan 31.8 saya ada buat test upt dan keputusan upt adalah samar-samar selang beberapa minggu saya buat test lagi pada 11.9 dan keputusan ujian upt tu menunjuk kan negatif . Dok adakah saya hamil ? Atau hormon saya yang tidak stabil ? Adakah pengambilan asid folic mempengaruhi bacaan upt …

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan digunakan untuk mengesan hormon human chorionic gonadotropin (hCG). Hormon ini terhasil sewaktu kehamilan. Ujian kehamilan juga mempunyai banyak faktor yang boleh menganggu keputusannya. Gangguan ini boleh menyebabkan keputusan false positive. False positive bermaksud ujian menyatakan anda hamil walaupun anda tidak hamil. Antara faktor-faktor yang boleh menyumbangkan kepada keputusan false positive ialah:
- penyakit nefrotik proteinuria
- tubo-oavri bernanah
- kanser kolon dan pangkal rahim
- kesilapan pengendali
Ujian kehamilan urin boleh memberikan keputusan yang tepat dalam lingkungan 97% jika dilakukan dengan betul.Jika anda mengalami simptom-simptom kehamilan seperti loya, muntah atau keletihan anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat menggunakan ujian kehamilan darah. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.