
Sulit
4 tahun
Mulakan perancang pada hari ke hari ka 11
sya mengamalkan perancang keluarga jenis pil iaitu mercilon…sya sepatut nya mulakan kan pek baru pada sabtu…tetapi sya muka kan pek baru pada hari selasa…iaitu pada hari ke sebelas…sya ada mengadakan hubungan dgn suami…3 hari selepas makan pil…dn suami membuang di dlm…adakah kemungkinan utk hamil ada…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai penggunaan pil perancang Mercilon yang lambat dimulakan setelah selesai menggunakan pek sebelumnya. Untuk makluman anda, pil perancang Mercilon disediakan dengan 21 biji pil per satu pek untuk dimakan setiap hari dan satu pek dihabiskan pada satu bulan. Bermakna, anda harus mengambil 21 biji ubat untuk setiap hari dan kemudian anda tidak perlu mengambil ubat selama 7 baki hari seterusnya. Purata satu kitaran haid yang lengkap adalah selama 28 hari.
Pastikan anda merancang keluarga anda dengan betul bagi kebahagian rumah tangga
Sekiranya anda tertinggal mengambil ubat lebih daripada 1 hari daripada strip (pek baru) minggu pertama (1-7 hari) dan melakukan seks pada minggu yang sama, kemungkinan untuk mengandung adalah tinggi. Kami nasihatkan anda berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan penyelesaian masalah yang sesuai bagi masalah ini.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.