
Sulit
4 tahun
Multiple lymph nodes swollen
Hai doktor. Saya wanita berumur 20 tahun. Saya mengalami banyak pembengkakan kelenjar limfa di bahagian leher saya. 4 biji disebelah kanan dan 3 biji di sebelah kiri di leher yang berdekatan dgn tulang dekat bahu tu size biji sebelah kanan lbih kurang mcm 4cm. Sudah hampir 4 bulan sya mnghidap bnda ni tapi bila ditekan tak rasa sakit. Adakah bnda ini membahayakan? Boleh saya tahu adakah saya berpenyakit? Pada mula nya. Ia hanya 1 biji. Kmudian mkin ari sya prasan ia mkin bertambah. Ermm

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kelenjar getah bening ( lymph node ) memainkan peranan penting untuk melawan jangkitan. Mereka berfungsi sebagai penapis, memerangkap virus, bakteria dan penyebab penyakit lain sebelum mereka dapat menjangkiti bahagian lain badan. Kawasan biasa di mana anda mungkin melihat kelenjar getah bening meliputi leher, bawah dagu, ketiak dan pangkal paha.
Oleh itu, masalah kelenjar bengkak ini boleh disebabkan oleh jangkitan. Namun, sebelum itu, harus dipastikan bahawa sememangnya kelenjar anda yang bengkak. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.