
Sulit
4 tahun
Multivitamin dan omega 3
Hai doktor.boleh tak jelaskan adakah ubat suppliment dan multivitamin ni baik…umur saya 37 tahun…saya mudah sakit jika dekat dengan org yg sakit…antibody lemah rasanya…dan colestrol saya agak.tinggi…colestrol jahat tinggi sikit dari yg baik…dan sekarang saya makan 2 ubat suppliment ni…multi vitamin 2 biji sekali makan waktu pagi…dan omega 3 1 biji sekali makan lepas 2 jam makan multi vitamin…dan saya sudah tnya farmasi mereka kata tiada effect apa apa…yg pelik nya sebelum ni saya makan multivitamin 2 biji dan fish oil 2 biji seari ok tapi.bila tukar dari fish oil ke omega 3 saya rasa agak penat seperti sedikit kesukaran bernafas…dan masih kekalkan multivitamin 2 biji…minta pandangan doktor…adakah sesuai multivitamin dan fish oil atau multivitamin dan omega 3?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, omega 3 merupakan suplemen yang diekstrak daripada minyak ikan atau minyak sayuran.
Ia merupakan suplemen untuk membantu dalam mengurangkan kolesterol yang memainkan peranan penting dalam penyakit atau masalah jantung koronari. Tidak menjadi masalah untuk mengambil suplemen tersebut, tetapi ianya perlu diambil mengikut dos yang disarankan.
Multivitamins pula bergantung kepada kandungan serta jenis vitamin yang terdapat dalam produk tersebut kerana lain jenama ada lain kandungannya. Vitamin secara amnya amat penting untuk menguatkan sistem imuniti badan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.