
Sulit
3 tahun
Muncul benjolan di leher kiri bawah
saya wanita berumur 27 thn. Pada tarikh 31/8/21 saya telah mendapatkan suntikan vaksin pfizer yg ke dua. pada tarikh 2/9/21, sy bangun pagi, mendapati bahu saya berasa sakit dan mempunyai 1 benjolan di bawah leher kiri. adakah ini disebabkan vaksin yg diambil atau ada masalah lain yg perlu sy rujuk doktor?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Lymphoma
- Lymphadenitis
- Thyroiditis
- kista leher
- Infeksi dan pembesaran kelenjar ludah
Manakala, kesan sampingan daripada vaksin pula adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Cirit-birit
- Menggigil
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.