
Sulit
4 tahun
Muntah angin, kepala rasa berat kadang2
Saya lelaki berumur 23 tahun mengalami muntah angin. Badan terasa sejuk trutama dibahagian tapak kaki dan berpeluh. Kepala kadang-kadang rasa berat seperti di cucuk dibahagian atas dan mulut terasa kering. Adakah saya mengalami masalah angin satu badan atau tekanan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami boleh disebabkan:
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah ritma jantung atau struktur jantung
- Penyakit keresahan
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Penyakit Cushing (lebihan steroid badan)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangna am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.