
Sulit
4 tahun
Muntah dan Buang air besar
Saya wanita dalam 21 tahun, hari ini saya bangun dari tidur terus muntah dan buang air besar, dan ia dah berulang secara 2 kali. Muntah saya pula, keluar makanan yang saya makan semalam. Kenapa ya doktor? Saya nak tanya juga mengenai haid, saya dah hampir sebulan lebih tidak haid. Boleh berikan penerangan? TQ

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah muntah anda boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Keracunan makanan
- Jangkitan kuman pada sistem pencernaan (Gastroenteritis)
- Ketidakhadaman
- Migraine
- Kesan sampingan ubat
- Keradangan appendiks
- Refluks asid
- Kegelisahan
- Kehamilan
Masalah haid lewat anda boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!