elysyaqistina
3 tahun
Muntah darah selepas keluar dari hospital
Saya lelaki berumur 18 tahun. Selepas mengalami kemalangan dan menyebabkan belakang saya bengkak. Selepas keluar dari hospital. Saya sering muntah dan sakit dada. Malam tadi perut saya dibahagian kiri seperti tenggelam. Dan hari ini. Saya muntah darah. Kenapa ye?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah darah anda boleh disebabkan:
- Kecederaan organ dalaman seperti pankreas, limpa
- Kesan ubat cair darah - sekiranya diberi
- Sembelit
Anda dinasihatkan untuk merujuk semula ke hospital yang anda dirawat bagi mengelakkan punca yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Sekian.































