
Sulit
3 tahun
Muntah darah
saya remaja yang berumur 17tahun dan saya mengalami gastrik yang agak teruk dan mengakibatkan selalu sakit dan perlu refer ke hopital . saya mengalami muntahdarah yang agak banyak serta hadasbesar berwarna hitam pekat . selepas di periksa , saya juga mempunya cecair di dalam hidung dan refer pakar ent . makinlama cecair dalam hidung makin banyak dan bersin kerapkali dan tidakselesa .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu muntah darah. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah darah anda boleh disebabkan:
- Kecederaan organ dalaman seperti esofagus
- Ulser perut
- Saluran darah pecah
- Kesan ubat cair darah - sekiranya diberi
- Kanser perut
Kami nasihatkan anda untuk ke hospital dengan segera bagi tujuan rawatan.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih