Sulit
4 tahun
Muntah ketika hubungan seksual
saya wanita berumur 30an…sebelum ini saya menjalano minor surgery membuang selaput dara yang tebal di sebuah hspital.swasta…ketika saya ingin bersama suami,saya akan berasa ingin muntah dan muntah ketika suami melakukan zakar penetrasi…sebelum ini saya terfikir saya mengalami vaginamus…tetapi apabila suami saya memasuki jari dapat melepasi cuma saya akan rasa nak muntah…harap.doktor bole bantu saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah loya dan muntah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- gangguan kitaran haid
- gangguan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih

































