
Anonymous
2 tahun
Muntah muntah yang teruk
Hi doktor.
Isteri saya mengalami muntah muntah hampir 3 minggu dan baru baru ni ia muntah ada keluar darah sedikit.
Apabila ke hospital isteri saya di tahan wad selama 1minggu dan hampir 20beg air telah di masukkn ke dalam badanya,selepas 1 minggu ia di benarkan keluar selang 1 hari penyakitnya jadi balik selama hampor 2minggu dan kini di masukkn ke hospital belainan.
Dan kedua2 hospital yang saya pergi jawapan yang sama saya dapat ada GASTRIK…tetapi isteri saya perotnya tidak sakit tepi muntah muntan dan berat badan semakin menurun
Boleh kah doktor membantu.
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Terdapat pelbagai punca isteri anda mengalami muntah-muntah. Antaranya ialah:
- Keracuan makanan
- Gastrik
- Ulser Perut
- Ketidakseimbangan metabolik
- Radang pankreas
- Hyperemesis Gravidarum (Muntah teruk ketika hamil)
Untuk pengetahuan cik, kami hanya boleh memberikan penyebab-penyebab secara am kerana untuk mengetahui punca masalah yang isteri anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.