
dnorzieyana
6 tahun
Muntah,pening tapi upt negatif
Saya dah kahwin, umur 26 tahun. Ada masalah period lambat datang. 3 bulan sekali period paling lama 6 bulan x datang period lagi. Saya 3 4 hari ni selalu mual & pening kepala. Try UPT negatif . Adakah probability utk saya PCOS tu tinggi ?

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) merupakan 2/3 keadaan berikut:
- csyt dalam ovary (lebih dari 9) dalam ultrasound scan
- tiada haid/haid tidak sekata
- ketumbuhan rambut yang berlebihan di dada dan muka
Wanita yang mengalami PCOS juga boleh mengalami peningkatan berat badan yang berlebihan dengan peningkatan lutenizing hormone to follicle stimulating hormone ratio (LH:FSH)
Untuk kepastian, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar supaya pemeriksaan dan ujian yang sesuai dapat dijalankan
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!