
Sulit
4 tahun
Muntah selepas ambil coffee
Hi doctor,
Saya berusia 25 tahun. Saya jarang ambil kopi , tapi saya perasan bila saya ambil kopi saya mula merasa mual tapi kemudian akan hilang sendiri, kadang kala dahulu masa di kampus jika saya minum kopi pada lewat malam kerana stay up buat assignment , kemudian saya mendapati tangan dan kaki saya rasa mcam sejuk dan shaking apabila bangun pagi. Tapi effect nya tak lama, dia akan hilang sendiri. Tapi baru baru ni saya ambil kopi dan kira kira setengah jam kemudian saya muntah. Dah 2 kali berlaku begini.
Minta penjelasan dari doctor tentang masalah saya, adakah ini menunjukkan kepada simptom bahawa ada sesuatu yg tidak sihat pada badan saya atau sekadar effect yg normal selepas ambil kopi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Minum minuman berkafin seperti kopi boleh menyebabkan muntah dan gementar.
Namun begitu, masalah yang anda hadapi juga boleh disebabkan oleh:
- Tekanan darah rendah
- Kurang gula
- Stress
- Keletihan
- Tekanan emosi
Saya sarankan agar anda kurangkan pengambilan kopi dan banyakkan rehat serta minum air masak dan makan makanan seimbang. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi secara peribadi bagi mengatasi masalah yang anda hadapi serta mengetahui puncanya yang sebenar. Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi dan ubatan anda adalah percuma. Terima kasih.