
Sulit
5 tahun
Muntah selepas makan escapelle
Selepas saya mengadakan hubungan seks dengan pasangan saya. Dalam masa 12 jam saya telah mengambil sebiji escapelle, tapi selepas satu jam makan ubat tu saya Muntah. Adakah itu akan menghalang keberkesanan ubat tu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala muntah ini merupakan kesan sampingan yang umum selepas pengambilan pil kecemasan. Sekiranya anda bermuntah satu jam selepas mengambil pil tersebut, anda disarankan untuk mengambil satu dos lagi kerana muntah tersebut mungkin akan mengurangkan kesan pil tersebut.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.