
Sulit
5 tahun
Muntah selepas makan pil postinor 2
Saya dan teman wanita melakukan seks 5 hari lepas menggunakan kondom tapi 2 hari kemudian dia mengambil pil postinor 2 kerana berasa takut jika apa apa berlaku kemudian harini pagi pagi dia beritahu dia muntah , adakah ia kesan dari pil postinor 2 ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Postinor-2 adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Antara kesan sampingan penggunaan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Pil postinor berfungsi secara efektif sebanyak 99% untuk mencegah kehamilan sekiranya anda mengambilnya dengan betul iaitu dalam masa 72 jam pil pertama diambil dan pil kedua diambil selepas 12 jam pil pertama diambil.
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.