
Sulit
3 tahun
Muntah selepas makan ubat doxycycline
Saya umur 25thn. Muntah selepas hari ke26 makan ubat doxycycline. Buah pinggang rasa berdenyut, pening kepala dan kerap kencing. Adakah ubat ini memberi kesan terhadap buah pinggang saya?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Menurut kenyataan di atas, anda ingin mengetahui sekira ubat doxycycline boleh memberikan kesan terhadap buah pinggang. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Umumnya, doxycycline adalah ubat anti-bakterial dari golongan tetracycline. Doxycycline merupakan salah satu pilihan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria gram-positif dan gram-negatif. Antara kesan sampingan ubat ini termasuk
- Cirit-birit.
- Radang esofagus
- Ruam kulit & gatal-gatal
- Sakit kepala.
- Mual & muntah
- Hilang selera makan
Namun begitu, gejala muntah, pening kepala dan kerap kencing juga boleh menandakan perkara yang lebih serius serta memerlukan rawatan segera, seperti
- kesan sampingan atau alahan ubat yang berat
- jangkitan saluran kencing
- keracunan makanan
- penyakit buah pinggang
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk ke hospital yang terdekat dengan kadar segera, agar pemeriksaan dan bantuan lebih lanjut dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.