
ros_melah
5 tahun
Muntah selepas makan
Saya wanita berumur 25 dan baru berkahwin 44 hari pada bulan jun saya haid 2hb dan haid yang normal selama 7hari tapi pada 28hb saya haid kembali tapi hanya 3hari sekarang saya selalu muntah apabila makan adakah ini satu gejala kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal seharusnya terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2-8 hari. Kitaran haid dapat dikatan tidak normal sekiranya datang lebih cepat daripada 24 hari atau berlangsung kurang 2 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada kes anda, sebetulnya haid anda datang dalam 27 hari (dari hari pertama haid terakhir). Maka, boleh dikatakan kitaran haid dan lama haid anda adalah normal. Akan tetapi, sekiranya anda masih ragu, disini saya senaraikan 20 gejala awal kehamilan yang mana sekiranya anda mengalami, sebaiknya langsung diperiksakan kehamilan menggunakan pemeriksaan sederhana seperti urine pregnancy test (UPT).
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.