Anonymous
3 tahun
Muntah setiap kali makan
Ibu saya pernah membuat rawatan angio tahun 2018.Bagaimanapun kesihatannnya semakin merosot dan kini tidak boleh berjalan. Ibu juga tidak boleh makan kerana akan muntah setiap kali mengambil makanan. Harap doktor dapat bantu saya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan seperti sejarah kesihatan ibu anda, prosedur yang dilakuakan serta ubat-ubatan yang diambil perlu diketahui bagi mengenalpasti punca masalah ini. Muntah-muntah oleh ibu anda boleh disebabkan pelbagai faktor seperti:
- Kesan ubat-ubatan
- Alahan makanan
- Usus tersumbat
- Masalah organ dalam perut seperti radang hempedu
- Radang pankreas
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































