Sulit
3 tahun
Muntah setiap kali selepas sahur dan berbuka selama 9 hari
saya seorang wanita berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya muntah setiap kali selepas berbuka dan sahur. Hari sudah masuk hari ke 9. Saya tidak boleh makan dalam kuantii yang banyak atau sedikit tetap akan muntah. Perut saya rasa sakit. Kadang-kadanv terasa sakit di bahagian buah pinggang kiri saya.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Alahan kepada makanan
- Makan dalam kuantiti banyak
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Tekanan darah tinggi
- Kandungan potasium yang tinggi atau rendah
Sekiranya masalah ini berlanjutan anda perlu mendapatkan maklumat lanjut. Anda dinasihatkan untuk minum air dengan mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi akibat muntah yang anda alami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.