
Sulit
4 tahun
Musykil tentang kehamilan
Sy berusia 29, sudah berkahwin . Bleeding 2 hr tapi sikit. Lusa keluar lendir campur darah . 2 minggu kemudian bleeding banyak darah berketul . Itu tanda gugur ke?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) dalam bentuk spotting boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Namun, apabila perdarahan yang terjadi adalah agak lewat daripada 2 minggu dan lebih banyak, ia boleh terdiri atas sebab seperti berikut:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda. Hal ini kerana, sukar untuk dipastikan apakah yang terjadi kepada anda adalah keguguran berdasarkan keterangan anda disini sahaja. Maklumat dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan.