
Sulit
5 tahun
My last period on 17/3-21/3 Yesterday and today tak lapar dan letih kenapa…. Nie tanda mengandung ke
My last period on 17/3-21/3
Yesterday and today tak lapar dan letih kenapa… Nie tanda mengandung ke

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tanda-tanda kehamilan adalah seperti berikut:
Haid lewat
Mual Loya Atau Muntah
Saiz Payudara Membesar Dan Payudara Menjadi Lebih Sensitif
Kerap Kencing
Deria Bau Lebih Sensitif
Pendarahan kecil
Keputihan
Perubahan selera makan
Keletihan
Namun begitu untuk mengesahkan kehamilan anda harus menjalani ujian lain dan bukannya hanya bergantung apda gejala sahaja. Anda boleh membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) atau berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengesahkan kehamilan anda, amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.